Khairuddin minta TMJ tidak terlalu ghairah bercakap isu politik

KUALA LUMPUR - Penyelaras Parlimen Jasin PH, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meminta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak terlalu ghairah bercakap isu politik.
Khairuddin mendakwa, sikap Tunku Ismail yang tidak menghormati Perlembagaan menunjukkan baginda tidak faham asas Raja Berpelembagaan.
“Beliau tidak seharusnya terlalu ghairah sekiranya benar-benar mengungkapkan kenyataan ‘Baik tukar Perdana Menteri’ baru-baru ini.
“Kalau TMJ ingat beliau hebat dalam politik, dipersilakan turun dari takhta dan menceburi bidang politik secara sepenuh masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, tular satu video merakamkan kenderaan TMJ beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor, selepas perlawanan membabitkan JDT dan kelab dari China, Shandong Luneng.
Ketika kenderaan baginda melalui kumpulan penyokong JDT, seorang individu melaungkaan “Tukar Mora” yang merujuk kepada Jurulatih JDT, Benjamin Mora.
Kenderaan yang membawa TMJ kemudian berhenti dan baginda kemudian bertitah:
“Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri,” titahnya seraya disambut ketawa hadirin yang berada di sana.
Dalam pada itu, Khairuddin mendakwa TMJ adalah seorang anak muda yang masih mentah dalam pengalaman politik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Kenaikan aras laut bukan lagi ancaman masa depan, tetapi realiti masa kini - Mohamad Hasan
25 September 2026 11:57amJurang harga minyak masak bersubsidi buka ruang ketirisan, manipulasi
25 September 2026 11:21amTV PSS pupuk kesedaran kelestarian air dalam kalangan generasi muda - PAAB
25 September 2026 11:10amInsurans kereta banjir: Apa yang dilindungi?
25 September 2026 09:30am[VIDEO] Sinar baharu buat si kecil Adam
25 September 2026 07:30amRais bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok
24 September 2026 11:22pmSuami isteri terlepas hukuman mati, menangis peluk ahli keluarga
24 September 2026 05:42pmSuri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau
24 September 2026 02:38pmAnak didakwa bunuh ibu kandung
24 September 2026 02:16pmAbang PMX meninggal dunia
24 September 2026 06:36pm- Iklan -- Iklan -
