Sebuah sekolah di AS buang nama pengasas

Sekolah Rendah Haight bertukar nama kepada Sekolah Rendah Love.
Sekolah Rendah Haight bertukar nama kepada Sekolah Rendah Love.
A
A
A

SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat (AS) yang dinamakan sempena seorang gabenor yang menyokong perkauman akhirnya mendapat nama baharu.

Sekolah Rendah Haight di San Francisco dinamakan sempena Henry Huntly Haight, seorang gabenor California yang satu ketika dahulu pernah berkata, sekiranya keturunan Asia Amerika dan kulit hitam dibenarkan untuk mengundi, ia akan menyebabkan politik AS menjadi korup.

Dalam ucapannya pada tahun 1867, Haight turut melabel orang Asia sebagai bangsa yang lemah dan sekiranya diberikan hak untuk mengundi, ia akan mencemarkan warisan demokratik orang kulit putih.

Menurut San Francisco Chronicle, pihak sekolah terbabit membenarkan komuniti memilih nama baharu dan mereka sepakat memilih nama, Love.

Nama baharu itu turut dipersetujui ahli lembaga sekolah menerusi satu undian yang dijalankan.

Sementara itu, Superintenden Sekolah Bersepadu Daerah Alameda, Sean McPhetridge berkata, nama lama sekolah terbabit lagi akan digunakan di papan tanda serta bangunan sekolah. - Agensi

Artikel Berkaitan: