8 inisiatif berjaya dilaksanakan Kementerian Kerja Raya

Baru Bian ditemu bual oleh wartawan berkenaan pencapaian Setahun Pakatan Harapan di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Baru Bian ditemu bual oleh wartawan berkenaan pencapaian Setahun Pakatan Harapan di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya komited memperkasa perkhidmatan dan memperkenalkan pelbagai inisiatif kepada rakyat selari dengan hasrat kementerian, ‘Ke Arah Kesejahteraan Rakyat’.

Menterinya, Baru Bian berkata, bertindak sebagai peneraju dalam industri pembinaan negara, pihaknya dengan kerjasama agensi di bawah kementerian sentiasa peka akan keperluan industri.

“Kami akan memastikan industri pembinaan bukan sahaja berkembang pesat di Malaysia, malah berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Selain itu, kementerian juga berusaha mengutamakan agenda kesejahteraan rakyat meskipun berdepan pelbagai cabaran khususnya keadaan ekonomi negara yang masih dalam proses pemulihan,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat lalu.

Menyenangkan pengguna jalan raya

Baru berkata, dalam tempoh setahun memimpin Kementerian Kerja Raya selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan sejak 9 Mei tahun lalu, sebanyak lapan inisiatif berjaya dilaksanakan.

Tiga daripada inisiatif itu ialah pemansuhan tol motosikal, Sarawak Sabah Link Road dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) IMPACT.

Baru memberitahu, pemansuhan tol motosikal yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu melibatkan dua laluan di Pulau Pinang iaitu Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Jambatan

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) serta Plaza Tol Lebuh Raya Linkedua Tanjung Kupang, Gelang Patah di Johor.

Artikel Berkaitan:

“Pemansuhan ini membolehkan 20,000 pengguna motosikal setiap hari di JPP dan Plaza Tol Lebuh Raya Linkedua Tanjung Kupang (50,000 pengguna) menikmati laluan tanpa tol, 19 tahun lebih awal daripada tempoh ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi Lebuh Raya.

“Ini termasuklah, 2,000 penunggang motosikal di laluan JSAHMS yang turut memperoleh manfaat sama, 34 tahun lebih awal daripada tempoh dalam perjanjian konsesi,” jelasnya.

Melalui pelaksanaan inisiatif tersebut Kerajaan PH bukan sahaja membantu para pengguna motosikal di ketiga-tiga laluan terbabit menjimatkan kos perjalanan antara RM24 hingga RM66 sebulan, malah dapat mengurangkan kos sara hidup.

Baru Bian ditemu bual oleh wartawan berkenaan pencapaian Setahun Pakatan Harapan di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Baru Bian ditemu bual oleh wartawan berkenaan pencapaian Setahun Pakatan Harapan di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penduduk Sarawak dapat manfaat

Mengulas mengenai Sarawak Sabah Link Road pula, Baru merangkap Ahli Parlimen Selangau menjelaskan, Projek Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak itu akan melalui jajaran baharu tanpa melibatkan Brunei Darussalam.

“Jajaran baharu sepanjang 415 kilometer ini akan bermula dari Long Lama ke Lawas, Sarawak dan kos dianggarkan bernilai RM5.5 bilion.

“Bagi pakej satu, jajaran baharu yang dicadangkan adalah sepanjang 80 kilometer (Lawas-Long Sukang-Long Lopeng-Kampung Pa’Berunut) melibatkan kos sebanyak RM1.18 bilion,” ujarnya.

Tambah beliau, kira-kira sejuta pengguna bakal menerima manfaat hasil pelaksanaan projek tersebut seperti membantu pembangunan industri tempatan dan menjana ekonomi dalam kalangan penduduk pedalaman.

Ia berikutan jajaran Sarawak Sabah Link Road akan melalui kawasan pedalaman bagi membolehkan para penduduk di sana mempunyai jaringan perhubungan. Naik taraf kualiti IBS

Berbicara mengenai inisiatif IMPACT yang dilancarkan CIDB pada 17 Januari lalu, Baru berkata, ia merupakan satu program penilaian dan pensijilan bagi Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Program (CIDB IMPACT) ini bersifat holistik yang memberikan verifikasi, validasi, pengujian dan pensijilan produk dan komponen mengikut ukuran ditetapkan CIDB bagi memastikan produk IBS berkualiti tinggi dan diiktiraf.“Pada masa sama, turut memastikan setiap pemain industri IBS sentiasa mematuhi kepada penetapan yang telah diwajibkan,” katanya.

Secara tidak langsung, CIDB IMPACT memberikan keuntungan kepada rakyat apabila berpeluang menggunakan produk IBS terbaik dan mengelakkan mereka ditipu serta risiko kerugian kerosakan selepas pembinaan.

“Penggunaan IBS yang lebih efektif oleh industri pembinaan juga diharapkan memudahkan dan mempercepat proses pembinaan khususnya rumah mampu milik,” ujarnya.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak