Kesan tapak kaki disyaki harimau ditemui berhampiran projek ECRL

Bekas tapak kaki dipercayai harimau yang ditemui di Kampung Sungai Bari, Setiu pada Selasa.
Bekas tapak kaki dipercayai harimau yang ditemui di Kampung Sungai Bari, Setiu pada Selasa.
A
A
A

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menyiasat mengenai penemuan bekas tapak kaki dipercayai harimau belang di Kampung Sungai Bari di sini, pada Selasa.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada kakitangan Projek Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menemui bekas tapak kaki tersebut pada pagi Selasa.

Sehubungan itu menurutnya, siasatan dan pemantauan sedang dilakukan pasukan Perhilitan di lokasi penemuan.

“Hasil siasatan awal, haiwan ini dipercayai datang dari hutan simpan yang terletak di lokasi berhampiran.

“Kita sedang memantau dan diharap orang ramai yang melihat kemunculan harimau supaya dapat menghubungi pihak Perhilitan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,” katanya.