Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham

Isham Jalil, Noh Omar
Isham Jalil, Noh Omar
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

Isham mendakwa, sebaliknya individu yang disebut sebagai kaki bodek itu ialah Noh sendiri kerana sanggup membodek untuk mendapatkan jawatan menteri sebelum ini.

"Noh ada perasaan iri hati dan tak baik pada UMNO sebab dia baru dipecat. Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar.

"Dulu seingat saya semasa dia (Noh Omar) ingin jadi menteri, dia bodek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sampai saya pun dia bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri.