Tolak mata Liverpool

Klopp (dua dari kiri) dilihat bertekak dengan pegawai perlawanan. - Foto Agensi
Klopp (dua dari kiri) dilihat bertekak dengan pegawai perlawanan. - Foto Agensi
A
A
A

LIVERPOOL berdepan risiko pemotongan mata susulan komen jurulatih The Reds, Jurgen Klopp terhadap pengadil, Paul Tierney ketika aksi menentang Tottenham Spur hujung minggu lalu.

Gesaan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Ref Support UK, Martin Cassidy yang mahu Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris mengenakan hukuman ke atas Liverpool.

“Mendenda Liverpool 30 juta pound (RM167.3 juta) tidak beri kesan apa-apa. Mulakan dengan hukuman memotong mata bagi membolehkan mereka diam dan berkelakuan lebih baik.

“Kami percaya itu akan menjadi pengajaran kepada seluruh warga bola sepak dari akar umbi hingga ke Liga Perdana,” ujar Cassidy.

Klopp menuduh Tierney mempunyai agenda peribadi terhadap The Reds.

Ia selepas Diogo Jota memastikan Liverpool meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Spurs yang mempamer kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan tiga jaringan.

Klopp dilayangkan kad kuning selepas bertengkar dengan pegawai perlawanan keempat, John Brooks ketika meraikan gol kemenangan Jota itu.

Jurulatih berusia 55 tahun itu perlu bersedia untuk menerima hukuman daripada FA atas serangan lisannya terhadap Tierney.