Terbuka Madrid: Cameron Norrie tersingkir di tangan Zhizhen

Cameron Norrie - Foto Xinhua
Cameron Norrie - Foto Xinhua
A
A
A

CAMERON Norrie tersingkir daripada Kejohanan Tenis Terbuka Madrid walaupun tidak berdepan sebarang mata break menentang pemain China, Zhang Zhizhen, yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk melangkah ke pusingan keempat awal pagi tadi.

Pemain nombor satu Britain, yang juga pemain pilihan ke-11 kejohanan di ibu kota Sepanyol itu, kelihatan akan mudah meneruskan kemaraan selepas memenangi empat game berturut-turut untuk mengungguli set pertama 6-2 dan aksi dalam set kedua juga pada awalnya kelihatan memihaknya.

Bagaimanapun, pemin kidal itu melepaskan lima peluang mata break dan lawannya, yang berada di ranking ke-99 dunia, bangkit untuk mencatatkan kemenangan 2-6, 7-6, 7-6 selepas bertarung selama dua jam dan sembilan minit. Zhang seterusnya akan berdepan pemain pilihan kelapan, Taylor Fritz, dalam penampilan pusingan 16 pertamanya bagi kejohanan kategori Masters 1000. - Stadium Astro