Anjur pertandingan hiasan Aidilfitri

Ahli jawatankuasa persatuan memeriksa rumah-rumah penduduk yang menyertai Pertandingan Deko Raya Ria Aidilfitri di Taman Meru Perdana 2.
Ahli jawatankuasa persatuan memeriksa rumah-rumah penduduk yang menyertai Pertandingan Deko Raya Ria Aidilfitri di Taman Meru Perdana 2.
A
A
A

IPOH - Pada Hari Raya Aidilfitri, bukan sahaja pakaian ahli keluarga perlu disediakan tetapi keceriaan rumah turut menjadi keutamaan sempena perayaan.

Untuk itu, dalam memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di bandar, Persatuan Penduduk Meru Perdana 2 mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Deko Raya Ria Aidilfitri buat semua penduduk di taman perumahan berkenaan di sini.

Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Ariff berkata, idea tercetus daripada ahli jawatankuasa yang mahu menyemarakkan semangat menyambut hari raya dalam kalangan penduduk.

Mohd Nazri (kiri) dan Mohd Hishamuddin.
Mohd Nazri (kiri) dan Mohd Hishamuddin.

“Hampir setiap lorong di taman perumahan ini ada hiasan hari raya yang dipasang. Jadi suasana di kawasan taman perumahan ceria dan meriah selain pihak persatuan sendiri memasang pelita panjut berhampiran taman permainan.

“Sebenarnya kita anjurkan pertandingan ini untuk keseronokan dan hadiah yang kita beri sehingga dari nombor satu hingga 14 pemenang. Hadiah ini akan kita sampaikan ketika Jamuan Hari Raya taman nanti,” katanya kepada Sinar Harian di Taman Meru Perdana 2 di sini.

Seorang penduduk, Mohd Hishamuddin Hamid Latif, 39, berkata, inisiatif dilakukan persatuan penduduk amat baik memandangkan suasana hari raya sebelum ini suram akibat pandemik Covid-19.

“Saya sebagai penduduk sangat berbesar hati dan gembira kerana dengan cara inilah kita dapat memupuk semangat perpaduan dan kejiranan kita,” katanya yang bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Roslina bersama suami menghias rumah mereka bagi menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Meru Perdana 2 di sini.
Roslina bersama suami menghias rumah mereka bagi menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Meru Perdana 2 di sini.

Bagi Roslina Danuri, 54, pula, menyertai pertandingan tersebut bukanlah untuk mengharapkan kemenangan semata-mata tetapi mahu menceriakan suasana hari raya di taman berkenaan.

“Dekorasi raya ini sebenarnya mengembalikan nostalgia di kampung selain dapat wujudkan suasana di kampung itu ke bandar,” katanya.