'Wake up call' untuk PH kerja lebih kuat

Mujahid (dua,kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk pada Program Menteri Bersama Rakyat di Pondok Raudhatul Ulum, Kampung Serendah, Chetok.
Mujahid (dua,kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk pada Program Menteri Bersama Rakyat di Pondok Raudhatul Ulum, Kampung Serendah, Chetok.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penurunan kadar sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentang oleh Merdeka Center menjadi 'wake up call' untuk terus bekerja lebih kuat dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusoff berkata, sebagai salah satu parti kompenan dalam PH, pihaknya menyambut baik dapatan kajian itu.

"Mana-mana kerajaan pun, saya percaya sudah biasa dengan culaan tersebut.

"Ia perlu dilihat secara positif. Bila mereka (Merdeka Center) kata turun, maka kita (PH) perlu kerja dengan lebih keras," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas hasil kajian Merdeka Center yang mendedahkan sokongan terhadap PH menurun.

Terdahulu beliau yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turun padang pada Program Menteri Bersama Rakyat di Pondok Raudhatul Ulum, Kampung Serendah, Chetok di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Mujahid turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi menyiapkan pondok berkenaan.

Menurutnya, kajian itu menjadi pembakar semangat kepada PH untuk memperbaiki corak pentadbiran negara yang baru memasuki usia sembilan bulan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Amanah mengucapkan terima kasih kepada Merdeka Center kerana dapatan kajian itu sangat baik untuk kerajaan.

"Setiap hari ada wake up call untuk kerajaan PH dimana kita terpaksa berdepan fitnah yang cuba menimbulkan persepsi buruk pada kerajaan," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, Merdeka Center dalam dapatan kajiannya mendapati kadar sokongan terhadap kerajaan PH merosot sebanyak 39 peratus berbanding 79 peratus pada 31 Mei 2018 berdasarkan kajian yang dijalankan di seluruh negara pada 5 hingga 11 Mac lalu.

Menurut kajian itu lagi, jumlah pengundi yang berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga didapati menurun daripada 71 peratus pada Ogos 2018, jatuh kepada cuma 46 peratus sahaja.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center itu melibatkan 1,204 pengundi berdaftar meliputi 52 peratus kaum Melayu, Cina (29 peratus), India (7 peratus), muslim Bumiputera (6 peratus) dan bukan muslim Bumiputera daripada Sabah dan Sarawak (6 peratus).