Hindun menangis dapat jumpa Najib

Najib berbual bersama Che Hindun di Taman Perumahan Nelayan Tanjung Dawai, hari ini.
Najib berbual bersama Che Hindun di Taman Perumahan Nelayan Tanjung Dawai, hari ini.
A
A
A

YAN - Seorang warga emas mengalirkan air mata terharu menerima kedatangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke rumahnya di Taman Perumahan Nelayan Tanjung Dawai hari ini.

Che Hindun Osman, 70, berkata, kedatangan bekas perdana menteri itu sangat memberi semangat kepada dirinya.

Katanya, dia sangat bersedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu dan berharap parti itu kembali memerintah pada masa hadapan.

"Saya seronok sangat Najib mai melawat sebab dulu saya pernah bagi dia (Najib) makan kuih yang dibuat sendiri.

Najib berbual bersama Che Hindun di Taman Perumahan Nelayan Tanjung Dawai, hari ini.
Najib berbual bersama Che Hindun di Taman Perumahan Nelayan Tanjung Dawai, hari ini.

"Bila dapat jumpa untuk kali kedua ni rasa sangat seronok sangat, tak tau nak habaq," katanya.

Che Hindun mengalami masalah saraf sejak empat tahun lalu menyebabkan dirinya tidak dapat bangun dan hanya mampu terbaring.

Najib berkunjung ke rumah warga emas berkenaan selepas beramah mesra bersama penduduk di Jeti Tanjung Dawai sebelum bergerak ke Pantai Merdeka dengan menggunakan bot.

Artikel Berkaitan: