'Kane terlalu tua dan mahal' - Matthaus

Kontrak Kane bersama Spurs berbaki setahun setengah. - Foto Agensi
Kontrak Kane bersama Spurs berbaki setahun setengah. - Foto Agensi
A
A
A

LEGENDA Bayern Munich, Lothar Matthaus menyifatkan pemain sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai tua dan mahal.

Matthaus lebih meminati pemain 24 tahun Napoli, Victor Osimhen berbanding pemegang rekod jaringan terbanyak Spurs itu cuma bernilai 100 juta pound (RM550.6 juta) pada usia 29 tahun.

Masa depan kapten England itu menjadi bualan menuju jendela perpindahan musim panas dengan kontraknya berbaki setahun setengah.

Matthaus mengakui teruja untuk melihat penyerang baharu termasuk Victor Osimhen yang bermain cemerlang bersama Napoli.

“Kita tidak tahu sama ada dia (Osimhen) boleh berjaya di Munich, tetapi saya rasa dia sesuai bersama pasukan.

“Randal Kolo Muani pula mungkin perlu sedikit masa, tetapi dia bagus di dalam kotak penalti dan mampu berjaya di Munich. Harry Kane terlalu tua dan mahal.

“Nisbah harga-corak permainan mungkin lebih berbaloi untuk Niclas Fullkrug (penyerang Werder Bremen).

“Dia mungkin boleh ditandatangani pada harga 20-25 juta euro (RM97-RM122 juta) dan menjaringkan 25 gol di Munich,” ujar Matthaus.

Sekiranya Kane tidak menandatangani kontrak baharu bersama Spurs, kelab lain boleh mendapatkannya secara percuma pada musim panas 2024.