Rezeki dapat baju raya, dirai berbuka puasa

Kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah teruja memilih baju raya di Pusat Beli-Belah Alamanda.
Kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah teruja memilih baju raya di Pusat Beli-Belah Alamanda.
A
A
A

PUTRAJAYA – Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Pusat Beli-Belah Alamanda menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi.

Seramai 42 kanak-kanak berusia antara lapan hingga 17 tahun berkenaan turut menerima duit raya dan tajaan kelengkapan menyambut Aidilfitri daripada rakan niaga pusat beli-belah itu.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kesemua kanak-kanak yang diraikan dihiburkan dengan persembahan tradisional ‘dikir barat’ di pekarangan Centre Court.

Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Pang Sook Fong (tengah) bersama penghuni Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi yang diraikan.
Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Pang Sook Fong (tengah) bersama penghuni Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi yang diraikan.

Pengarah Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, sebagai sebuah organisasi yang fokus dengan tanggungjawab sosial korporat, adalah suatu yang sinonim bagi pihaknya untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan komuniti sekitar.

"Kami amat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk menyantuni Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah pada bulan yang mulia ini.

“Kami berharap sumbangan kecil kami mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim ini selain memberi semangat kepada organisasi yang lain untuk turut proaktif dalam penganjuran program seperti ini," katanya pada Khamis.

Penjaga Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Siti Eshah pula berkata, pihaknya amat terharu dengan kebersamaan pelbagai pihak di dalam memastikan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan tidak dilupakan untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu di Kemaman, Pusat Beli-Belah Mesra mengadakan Majlis Amal Jariah menyantuni 30 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman (Rumah Huzai) pada 6 April lalu.

Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu turut meraikan 30 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman (Rumah Huzai) pada 6 April lalu.
Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu turut meraikan 30 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman (Rumah Huzai) pada 6 April lalu.

Seramai 16 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun hingga 17 tahun menerima sepersalinan baju untuk menyambut Aidilfitri dan duit raya.

Anak-anak yatim berkenaan menerima tajaan berbuka puasa dan turut dihiburkan dengan persembahan nasyid.