Kontrak bocor dedah import Selangor terima RM132,570 sebulan

Kontrak antara Selangor FC dan pemain import pasukan itu yang tular di media sosial.
Kontrak antara Selangor FC dan pemain import pasukan itu yang tular di media sosial.
A
A
A

SATU dokumen yang didakwa tawaran kontrak seorang pemain import Selangor menerima gaji setinggi AS$30,000 (RM132,570) sebulan tular di media sosial.

Sebuah laman Facebook Harimau Selatan X mendedahkan surat tawaran kontrak Selangor FC tersebut bertarikh 26 Januari lalu yang turut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.

Menurut surat tawaran tersebut, pemain itu akan menerima gaji RM132,570 sebulan, yuran tandatangan sebanyak RM132,000 dan juga yuran kepada agensi pada jumlah yang sama.

Selain itu, surat tawaran tersebut turut menyatakan pemain import tersebut akan menerima imbuhan RM132,000 sekiranya berjaya membantu Selangor FC menjuarai Liga Super, juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.