BN dijangka tanding lebih banyak kerusi di Terengganu, Kelantan

Nik Nazmi. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nik Nazmi. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Terengganu dan Kelantan dijangka akan bertanding lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan keputusan rundingan pengagihan itu akan dimuktamadkan selepas sambutan Aidilfitri.

“Hasil rundingan awal mengenai agihan kerusi antara kedua-dua parti itu sebelum ini menunjukkan perkembangan yang baik.

“Dalam masa yang sama, setiap parti juga akan mengadakan proses saringan calon. Di Kelantan dan Terengganu keputusan kita adalah untuk mendapatkan lebih banyak kerusi kerana bagi mereka ke depan.

"Ia lebih banyak atas rekod mereka lebih lama di dua negeri ini dan kita punya prinsip untuk dua negeri ini,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Iftar Ramadan di Kuala Terengganu pada Jumaat.

Ketika ditanya sasaran kerusi yang akan diwakili Pakatan Harapan, Nik Nazmi memberi bayangan untuk memberi tumpuan di kawasan bandar dan beberapa faktor perlu diambil kira termasuk prestasi menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Itu antara gambaran kitalah dan macam Amanah mereka juga ada kekuatan dia dan BN ada kekuatan dia tapi kita akan bukan hanya itulah satu prestasi lama termasuk pada PRU15.

“Kita perlu tengok demografi dan sebagainya kerana kita tahu misalnya, Keadilan. Kita tahu parti pelbagai kaum contohnya kawasan di bandar yang lebih banyak bukan Melayu, jadi kita ada sedikit kelebihan. Itu antara pertimbangan yang kita ambil kira,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan kepimpinan di enam buah negeri untuk memulakan rundingan pengagihan kerusi bersama BN sebagai persediaan menjelang PRN. - Awani.