Gema al-Quran di Malakat Mall

Sebahagian dari staf Malakat Eco bergambar kenangan selepas acara.
Sebahagian dari staf Malakat Eco bergambar kenangan selepas acara.
A
A
A

CYBERJAYA - Lebih 100 kakitangan Malakat Eco bersama para pengunjung telah hadir untuk meraikan World #QuranHour di Malakat Mall semalam. Majlis dimulakan pada jam 12.00 tengahari dengan ucapan alu-aluan CEO Kumpulan, Encik Hilmi Ismail.

Seterusnya bacaan al-Quran surah Al-Insan disampaikan oleh enam pelajar dari Sekolah Montessori Islamik Brainy Bunch. Bacaan ditekuni oleh seluruh hadirin melalui naskhah-naskhah Al-Quran yang dibekalkan Yayasan Brainy Bunch. Ini diikuti dengan taddabur Surah Al-Insan daripada Ketua Spiritual Kumpulan, Ustaz Ali Nurdin.

World #QuranHour di Malakat Mall juga turut dipancarkan secara langsung melalui layar lebar mall dan juga laman sosial Facebook. Fragmen-fragmen acara itu juga dipaparkan di media-media sosial yang lain seperti TikTok dan Instagram.

Ini adalah kali kedua mall ini mengambil bahagian dalam acara World #QuranHour. Malakat Mall adalah satu-satunya mall di Lembah Klang yang mengambil bahagian dalam penganjuran program yang amat bermanfaat ini.