Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau jadi kenyataan

Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang kini dalam pembinaan.
Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang kini dalam pembinaan.
A
A
A

KOTA BHARU - Usaha pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau membina sebuah masjid untuk kemudahan bakal pelajarnya menjadi kenyataan selepas mendapat sambutan daripada pemberi sumbangan.

Masjid yang dibina di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah, Jeli pertengahan tahun lalu itu bagaimanapun masih memerlukan dana RM1.5 juta untuk siap sepenuhnya.

Pengerusi maahad tahfiz itu, Kameruzaman Ab Rahman berkata, masjid yang mempunyai kelengkapan ruang solat, tempat wuduk dan pejabat itu boleh memuatkan kira-kira 300 pelajar pada satu masa.

"Kami menumpukan kepada pembinaan masjid sebelum bangunan lain supaya pelajar dapat belajar dan beribadah dengan selesa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Kameruzaman memberitahu, pihak pengurusan maahad berharap pembinaan dapat dipercepatkan bagi membolehkan pelajar di kawasan berkenaan menuntut ilmu.

"Kemudahan ini memudahkan masyarakat yang jauh dari kawasan pusat bandar menghantar anak-anak ke maahad itu," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyumbang menggunakan akaun Maybank di nombor 553056414773 atau menghubungi pembantu tahfiz terbabit, Baihaqi Kameruzaman di talian 0145305331.