Misi bawa panji Al-Abrar

Mohd Na'im bersama peserta Program Al-Abrar Flagbearers Ride for World #QuranHour 1444H di pekarangan Jawi pada Selasa. - Foto RAFEQ REDZUAN
Mohd Na'im bersama peserta Program Al-Abrar Flagbearers Ride for World #QuranHour 1444H di pekarangan Jawi pada Selasa. - Foto RAFEQ REDZUAN
A
A
A

KUALA LUMPUR – World #QuranHour 2023 yang membawa misi Surah Al-Insan membawa mesej jelas betapa pentingnya akhlak dalam membentuk karakter bangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, antara nilai Al-Abrar yang dinyatakan adalah 11 karakter yang perlu dimiliki untuk mewujudkan nilai kemanusiaan dalam diri.

“Manusia ini diangkat karamahnya kerana mempunyai 11 karakter daripada Surah Al-Insan.

Konvoi Program Al-Abrar Flagbearers Ride for World #QuranHour 1444H tiba di Jawi.
Konvoi Program Al-Abrar Flagbearers Ride for World #QuranHour 1444H tiba di Jawi.

“Sebagai pemimpin, pekerja perlu ada sikap amanah jika tidak masyarakat akan rosak,” katanya pada pada Program Al-Abrar Flagbearers Ride for World #QuranHour 1444H di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini pada Selasa.

Sebanyak 50 kumpulan bermotosikal terdiri daripada Rabakx Throttle Bikers, Sifu Bikers, Cdert Bikers, Sud XBTR Bikers CK Bikers dan Harimau Malaya Bikers berkonvoi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Program tersebut bermula dengan bacaan doa al-Quran, sesi tadabbur ringkas 'Surah Al-Insan: 11 ciri Al-Abrar' dan perkongsian 'A Call For Reset And Change: Humanising' oleh Vince Focarelli.

Mohd Na’im turut mengambil contoh bagaimana saudara baru, Vince Focarelli @ Imran Abdulsalaam yang pernah menjadi terjebak dalam dunia gangster di Australia akhirnya berubah dan al-Quran menjadikan dirinya lebih baik.

Peserta bersama panji Al-Abrar yang dibawa ketika berkonvoi dari UIAM dan berakhir di Jawi pada Selasa. - Foto RAFEQ REDZUAN
Peserta bersama panji Al-Abrar yang dibawa ketika berkonvoi dari UIAM dan berakhir di Jawi pada Selasa. - Foto RAFEQ REDZUAN

“Pengalaman Vince Focarelli memberi inspirasi untuk kita menjaga peribadi diri. Beliau yang pernah melalui zaman kegelapan telah berubah apabila mendapat hidayah ALLAH SWT melalui al-Quran,” jelasnya.

Sementara Focarelli ketika ditemui berbesar hari kerana dijemput untuk menyertai konvoi berkenaan.

Pensyarah Jabatan al-Quran & Sunnah, UIAM Prof Madya Dr Saupi Man (kiri) menyerahkan senaskhah al-Quran kepada Mohd Na’im pada Program Al-Abrar Flagbearers Ride for World #QuranHour 1444H pada Selasa. - Foto RAFEQ REDZUAN

“Usaha ini amat baik terutama untuk menyemarakkan bacaan al-Quran di samping membersihkan diri dan mengambil keberkatan akhir Ramadan untuk sama-sama baca, faham dan amal Surah Al-Insan,” katanya.

Menurutnya, kadang-kadang kita berasa susah dan berat untuk melakukan perubahan di peringkat diri, keluarga, organisasi dan negara.

"Oleh itu, kita amat memerlukan bantuan ALLAH SWT untuk berubah dengan panduan al-Quran dan Sunnah.

Petadabbur, Fazrul Ismail menerangkan tentang pengertian Surah Al-Insan.
Petadabbur, Fazrul Ismail menerangkan tentang pengertian Surah Al-Insan.

“Surah Al-Insan banyak membawa ajakan untuk mengembalikan sifat kemanusiaan kepada manusia dengan membentuk karakter watak warga Malaysia bermula daripada diri sendiri, watak keluarga dan watak rakyat dengan berpandukan al-Quran,” katanya.

World #QuranHour kembali diadakan secara serentak di seluruh dunia bermula di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM selama sejam bermula 12 tengah hari, pada 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April 2023.