Seorang lagi pelajar tahfiz mangsa lemas ditemui

Mangsa ditemui kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Mangsa ditemui kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian, awal pagi tadi.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Salah seorang pelajar tahfiz Sekolah Islam As Sydiq di Kampung Sahari, di sini, yang lemas di Sungai Kampung Sahari, petang semalam ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mayat Muhammad Ammar Mazeni, 13, ditemui kira-kira jam 5.20 pagi oleh bomba, ahli keluarga mangsa dan penduduk setempat yang melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas.

"Mayat mangsa ditemui tersangkut pada rumput di dalam Sungai Kampung Chokro iaitu kira-kira lebih kurang 2 kilometer dari tempat pelajar tersebut mandi dan hanyut.

"Bapa mangsa, Mazeni Kasman telah melakukan pengecaman dan mengesahkan mangsa merupakan anaknya dan jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan," katanya kepada Sinar Harian.

Bapa mangsa, Mazeni Kasman (dua, kanan) berada di pusat operasi SAR, awal pagi tadi.
Bapa mangsa, Mazeni Kasman (dua, kanan) berada di pusat operasi SAR, awal pagi tadi.

Menurutnya, sebelum itu usaha mencari mangsa dengan menyusuri dari tempat pelajar tersebut lemas sehingga ke pintu air Ulu Sungai Benut telah dilakukan berulang-ulang kali oleh pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, pada jam 11.30 malam semalam, pihak Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) telah membuka tiga pintu air menyebabkan air sungai di kawasan hulu surut sebagai langkah membantu di dalam usaha pencarian sebelum membawa kepada penemuan mangsa.

"Hari ini, usaha mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu Mohd Danish Mirzan, 16, akan terus dilakukan dan dengan keadaan cuaca yang baik, kami berharap mangsa akan ditemui pada hari ini juga," katanya.

Artikel Berkaitan: