Ten Hag salahkan jadual EPL

Ten Hag mengkritik jadual EPL yang didakwa menjadi punca pemain United cedera. Foto Agensi
Ten Hag mengkritik jadual EPL yang didakwa menjadi punca pemain United cedera. Foto Agensi
A
A
A

JURULATIH berpengalaman, Erik ten Hag menuding jari menyalahkan jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas penyerang Marcus Rashford cedera setelah Manchester United menang ke atas ke atas Everton 2-0 pada Sabtu.

Penyerang berusia 26 tahun itu mengalami masalah di pangkal paha dan Ten Hag mempersoalkan mengapa United diberikan perlawanan waktu tengah hari selepas berdepan Newcastle pada Ahad lalu diikuti Brentford pada Rabu.

“Saya bukan doktor. Saya tidak tahu. Kita perlu tunggu untuk tahu baik atau buruk keadaannya. Kita perlu menunggu imbasan untuk tahu,” kata Ten Hag mengenai kecederaan Rashford.

Biarpun keputusan menggilirkan pemain termasuk mengerah kudrat Rashford terletak di tangannya, namun Ten Hag mengalih perhatian menyalahkan pentadbiran liga yang meletakkan pemain dalam bahaya.

“Ada perkara yang tidak boleh dielakkan tetapi ini boleh dielakkan. Kenapa EPL memberikan kami aksi lewat pada Ahad dan kemudian awal Sabtu. Saya rasa ia tidak betul.

“Anda menyebabkan pemain tidak sempat berehat. Kajian dan sains menyebut bahawa pemain memerlukan tempoh tertentu untuk kembali cergas.

“Tidak ada pengendali akan menggilirkan pemain pada fasa terakhir musim seperti ini,” katanya.

Red Devils telah mengharungi 49 aksi musim ini dan berbaki 16 lagi dalam saingan liga, Liga Europa dan Piala FA.

Rashford sudah beraksi dalam 52 perlawanan untuk kelab dan negaranya musim ini.