Ibu kandung dipercayai dera bayi ditahan

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera bayi lelakinya berusia 10 bulan hingga menyebabkan lebam pada beberapa bahagian badan dalam kejadian di Petaling Utama di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 26 tahun yang tidak bekerja itu ditahan selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 12.28 tengah malam.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Mangsa difahamkan dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

"Suspek kini direman empat hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.