Finas bina peta laluan kerjaya khusus untuk sekolah seni

Ahmad Idham
A
A

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menyediakan peta laluan kerjaya khusus untuk anak-anak permata seni di Sekolah Seni Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, kekurangan ‘jambatan’ dan sokongan untuk menyambung bakat pelajar semasa di sekolah sehingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) menyebabkan usaha ini diwujudkan.

“Hari ini saya bersama pengetua dan guru-guru sekolah seni ini akan menjustifikasikan apakah sebenarnya kekurangan dan penambahbaikan yang Finas boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini,” katanya semasa menghadiri perjumpaan bersama para pelajar di Sekolah Seni Malaysia Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang baru memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Finas pada11 Mac lepas bercadang untuk merangka satu program kolaborasi antara Finas Sarawak dan Sekolah Seni Malaysia Sarawak dengan mewujudkan memorandum persefahaman dan meletakkan sekolah ini dibawah program anak angkat kendalian FINAS Sarawak.

Ahmad Idham berharap dengan usahasama Finas ini, kerjaya sebagai penggiat seni di Malaysia bakal mempunyai masa depan yang lebih stabil terutama kepada anak-anak seni tempatan. - Bernama