Beri peluang kepimpinan baharu UMNO - Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob menziarahi 41 anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat, Kuala Lumpur menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan pada Jumaat.
Ismail Sabri Yaakob menziarahi 41 anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat, Kuala Lumpur menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO perlu memberi peluang kepada kepimpinan baharu UMNO khususnya tiga Naib Presiden yang dipilih baru-baru ini untuk merancang hala tuju parti.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah tidak adil untuk menilai barisan kepimpinan UMNO yang baru dipilih itu dalam masa terdekat ini.

"Kita beri peluang kepada mereka, saya nak beri komen yang negatif ke positif ke, mereka baru memegang jawatan, baru sekali saya difahamkan (mesyuarat) Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

"Jadi kita beri ruang kepada kepimpinan baharu untuk membuat perancangan dan sebagainya," katanya kepada media majlis lawatan dan ziarah anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al- Barakh, Keramat AU3, Taman Zoo View, di sini pada Jumaat.

Beliau tidak mempertahankan kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan 18 Mac lalu.

Jawatan tersebut kini disandang oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ismail Sabri Yaakob menziarahi 41 anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat, Kuala Lumpur menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan pada Jumaat.
Ismail Sabri Yaakob menziarahi 41 anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat, Kuala Lumpur menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan pada Jumaat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada politik, khususnya pada bulan Ramadan ini dan akan melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, beliau akan lebih fokus dalam bidang lain termasuk bantuan dan amal kebajikan bersama anak yatim dan golongan asnaf serta terus memperkukuh bahasa Melayu yang menjadi perjuangannya sejak dahulu lagi.

“Kita berehat dahulu. Lepas raya saya aktif balik. Mungkin saya dengan NGO dan anak yatim dan asnaf. Lebih kepada kerja kebajikan, NGO bahasa saya nak aktif balik sebab saya dahulu mengantarabangsakan bahasa Melayu, malah saya pernah anjurkan simposium,” ujarnya.

Mengulas mengenai surat dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berhubung pelanggaran kod etika membabitkan Hakim, Datuk Mohd Nazlan Ghazali, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Katanya, kali pertama beliau melihat surat itu adalah di media seperti yang digembar-gemburkan oleh orang awam.

"Saya pun tak tahu, saya hanya baca media saja, saya pun tak jelas apa surat itu," katanya.

Media baru-baru ini, melaporkan salinan surat didakwa daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Tengku Maimun, tular di media sosial.

Surat berkenan tular beberapa hari selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat semakan ke atas sabitan dan hukuman dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.