Kemeriahan Aidilfitri di Sunway Carnival Mall

Wen Yew (kiri) ketika melancarkan Kempen Cahaya Raya dan Bilik Tenang Sempena Hari Autisme Sedunia di Sunway Carnival Mall, pada Khamis.
Wen Yew (kiri) ketika melancarkan Kempen Cahaya Raya dan Bilik Tenang Sempena Hari Autisme Sedunia di Sunway Carnival Mall, pada Khamis.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi kian terasa apabila pusat beli-belah Sunway Carnival Mall terus menjadi tumpuan dengan tema Cahaya Raya bermula 24 Mac hingga 1 Mei depan.

Dengan menyajikan pengalaman membeli-belah yang menakjubkan pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan untuk persiapan hari raya yang eksklusif selain dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chai Wen Yew berkata, dengan dekorasi yang berwarna-warni pastinya memberikan suasana sempurna untuk ahli keluarga berkumpul, membeli-belah dan berbuka puasa bersama di pelbagai pilihan outlet makanan di sini.

Menurutnya, di Sunway Carnival Mall, pelbagai promosi dan tawaran menarik disediakan untuk memudahkan pelanggan membeli-belah persiapan Hari Raya Aidilfitri.

"Pastinya pengunjung akan merasai pengalaman yang berbeza dan boleh menikmati suasana hari raya yang meriah dengan aktiviti dan hiburan yang kami sediakan.

Persembahan kebudayaan antara yang memeriahkan Kempen Cahaya Raya 24 Mac hingga 1 Mei di Sunway Carnival Mall, pada Khamis.
Persembahan kebudayaan antara yang memeriahkan Kempen Cahaya Raya 24 Mac hingga 1 Mei di Sunway Carnival Mall, pada Khamis.

"Bersempena dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang diraikan pada April, Sunway Carnival Mall juga berbesar hari untuk melancarkan 'Bilik Tenang' yang direka khas untuk individu dengan Spektrum Gangguan Autisme bagi tujuan menyediakan ruang selamat untuk mereka berehat dan bertenang," katanya.

Wen Yew berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Kempen Cahaya Raya dan Bilik Tenang Sempena Hari Autisme Sedunia di Sunway Carnival Mall, pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai Bilik Tenang yang disediakan, Wen Yew berkata, bilik khas yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah itu dilengkapi dengan pelbagai alat dan sumber deria, termasuk tempat duduk yang selesa serta mainan deria dengan pencahayaan yang malap.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Kempen Cahaya Raya 24 Mac hingga 1 Mei di Sunway Carnival Mall, pada Khamis.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Kempen Cahaya Raya 24 Mac hingga 1 Mei di Sunway Carnival Mall, pada Khamis.

Jelasnya, semuanya direka untuk mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan mesra.

"Pelancaran Bilik Tenang juga merupakan peristiwa penting untuk Sunway Carnival Mall, sebagaimana kami berusaha untuk menjadi pusat beli-belah mesra autisme untuk menggalakkan kemasukan dan pemahaman individu dengan autisme dalam komuniti kita.

"Kami percaya bahawa ini akan menjadi sumber yang berharga untuk keluarga dan individu dengan autisme,"katanya.