Arus deras hanyutkan pelajar tahfiz

Pasukan SAR masih mencari dua pelajar tahfiz yang lemas petang tadi.
Pasukan SAR masih mencari dua pelajar tahfiz yang lemas petang tadi.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Dua pelajar tahfiz di Sekolah Islam As Sydiq di Kampung Sahari, di sini, dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Sahari, di sini, kira-kira jam 6.16 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas ialah Mohd Ammar Mazeni, 13 dan rakannya, Mohd Danish Mirzan, 16.

“Pada jam kira-kira 6.20 petang, kaunter aduan Balai Polis Simpang Renggam telah menerima aduan dari orang awam bahawa terdapat dua pelajar sekolah tersebut dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di sungai tersebut.

“Saksi menyatakan, mangsa mandi bersama lapan lagi rakannya di sungai berdekatan Kem Massmerah, namun secara tiba-tiba arus sungai semakin deras sehingga menghanyutkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, kesemua pelajar yang terlibat telah dibenarkan pulang oleh pengurusan sekolah kira-kira jam 5.45 petang, namun kelapan-lapan pelajar ini kemudian terus pergi ke sungai berkenaan untuk mandi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) juga masih dijalankan melibatkan polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Rakyat, Angkatan Pertahanan Awam dan dibantu oleh orang kampung.

Artikel Berkaitan: