Jalan Gua Musang akan lebih sesak jika tak ditutup

KOTA BHARU - Gua Musang akan mengalami kesesakan yang lebih teruk pada waktu perantau pulang menjelang Aidilfitri nanti berbanding sekarang, jika Jalan Persekutuan FT2747 di daerah itu tidak ditutup.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail berkata, penutupan jalan baharu dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar itu bertujuan memberi kelancaran trafik pada waktu berkenaan.
Menurut beliau, Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) kini memasuki laluan FT2747 di bawah pelaksanaan sub pakej 3BC dan 3D melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan dan pemasangan cerucuk jambatan.
“Kalau tidak ditutup, jalan dua lorong ini akan menjadi satu lorong dan akan menyebabkan kesesakan luar biasa jika dilalui oleh kenderaan perantau nanti.