Treler rempuh sembilan kenderaan

Kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Sri Permaisuri 6, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Sri Permaisuri 6, Kuala Lumpur, pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah treler yang dipercayai hilang kawalan melanggar sembilan buah kenderaan di hadapannya dalam kejadian di Jalan Sri Permaisuri 6, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi, lapan buah kereta dan sebuah motosikal terlibat dalam insiden berkenaan.

Menurutnya, kereta yang terlibat adalah jenis KIA, Honda HRV (2 buah), Nissan Almera, Toyota Vios (2 buah), Perodua Myvi, Proton Iswara serta sebuah motosikal.

"Dalam kejadian itu, pemandu treler seorang lelaki tempatan telah melanggar beberapa kenderaan di hadapan semasa menuruni bukit di jalan tersebut.

Kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Sri Permaisuri 6, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Sri Permaisuri 6, Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Seorang lelaki merupakan penunggang motosikal yang berada di tengah kenderaan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras akibat kecederaan di kaki," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit sama ada ia berkait dengan masalah teknikal atau kecuaian.

Katanya, setakat ini penunggang motosikal serta pemandu lori terbabit masih belum membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.