World #QuranHour: Kenal diri, pilih jalan syukur

Surah Al-Insan bakal dialunkan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak yang dijadikan lokasi perdana World #QuranHour yang berlangsung pada jam 12 hingga 1 tengah hari, 13 April ini. Gambar kiri: Fazrul Ismail
Surah Al-Insan bakal dialunkan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak yang dijadikan lokasi perdana World #QuranHour yang berlangsung pada jam 12 hingga 1 tengah hari, 13 April ini. Gambar kiri: Fazrul Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Surah Al-Insan bakal dialunkan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak yang dijadikan lokasi perdana World #QuranHour yang berlangsung pada jam 12 hingga 1 tengah hari, 13 April ini.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, kempen yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa rakan sinergi itu diteruskan tahun ini dengan mengangkat Surah Al-Insan sebagai panduan.

Menurutnya, surah Al-Insan dipilih kerana respon situasi yang berlaku sekarang iaitu selepas kita menghadapi pandemik Covid-19, kita kembali kepada kerja kehidupan biasa dan meneruskan norma sebagai manusia benar.

“Manusia secara psikologinya kalau nak buat apa-apa pilihan antara syukur dan kufur, kita akan memilih jalan syukur. Secara tidak langsung untuk kenal diri sendiri adalah dengan memahami Surah Al-Insan dan kerana itulah ia dipilih kali ini.

“Kita ingin memanusiakan manusia, memanusiakan tempat kerja, memanusiakan keluarga dan memanusiakan dunia antarabangsa.

"Surah al- Insan ini yang menjadi amalan nabi membacanya pada rakaat kedua solat Subuh Jumaat dan merupakan butang reset untuk memastikan manusia sedar bahawa mereka adalah hamba tuhan yang perlu memilih dua jalan iaitu selalu bersyukur ataupun tidak menghargai,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Fazrul berkata, jalan orang yang bersyukur ini akan menjadi seseorang berbuat baik dalam hidupnya dan akhirnya dia akan mengharapkan dan mendapat ganjaran daripada tuhan berbanding mereka yang tidak mensyukuri nikmat ALLAH SWT.

“Ini adalah untuk memastikan manusia, insan sedar diri dan terus berbuat baik dalam kehidupan seharian.

“Jadi kalau siapa yang boleh dan beramal bersama imam yang membacanya, ianya boleh dijadikan pelajaran yang boleh diamalkan bacaannya pada bila-bila masa sahaja.

Tambahnya lagi, surah ini berkaitan dengan psikologi manusia, bagaimana manusia suka diangkat, tetapi sebenarnya apabila memahami surah ini, sistem ganjaran yang sebenarnya untuk direbutkan adalah daripada ALLAH.

“Saya berharap banyak lagi organisasi dan keluarga yang akan mengendalikan World #QuranHour di lokasi masing -masing untuk membina gelombang besar tentang kesedaran al-Quran dan terus memahami surah Al-Insan untuk memanusiakan diri keluarga dan juga organisasi keluarga dan masyarakat," katanya.