Juventus intai penamat enam terbaik

Allegri
Allegri
A
A
A

GERGASI Serie A Itali, Juventus menghidupkan peluang penamat kelompok enam terbaik untuk slot Eropah musim depan selepas menjinakkan Hellas Verona di Stadium Allianz, Turin pada Ahad.

Bagaimanapun The Old Lady terpaksa menunggu ledakan separuh masa kedua minit ke-55, penyerang Moise Kean untuk mengesahkan mata ke-44 musim ini selepas mengharungi 28 perlawanan.

Kemenangan itu meletakkan anak buah Massimiliano Allegri di tempat ketujuh selepas dikenakan pemotongan 15 mata sebelum ini, tiga di belakang pasukan tangga keenam AS Roma, yang kurang satu perlawanan.

"Kami tahu kesukaran perlawanan ini, kerana Verona kuat dari segi fizikal dan mempunyai kualiti, kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

"Kami memulakan separuh masa kedua dengan baik dan boleh menggandakan kelebihan kami, namun tidak melakukannya, tetapi masih membawa pulang keputusan menggembirakan penyokong Juventus.

“Biarpun begitu saya akui Juventus tidak bermain dengan baik apabila dalam lima minit terakhir kami berupaya menjaringkan gol kedua, sebaliknya Verona terus mengekalkan tekanan,” kata Allegri.