Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia

Allahyarham Ahmad Zaini
Allahyarham Ahmad Zaini
A
A
A

ALOR SETAR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi, Sabtu di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh anak Allahyarham, Ahmad Qusyairi di laman Facebook miliknya.

Menurut Ahmad Qusyairi, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

“Abah pergi di bulan Ramadan yang penuh mulia. Abah saya, Datuk Ahmad Zaini Japar@Zaini Japar telah kembali ke Rahmatullah. Mohon doa daripada semua yang mengenali beliau,” katanya ringkas.

Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu menjadi wakil rakyat di DUN Bukit Kayu Hitam sejak 2008 sebelum tewas kepada Datuk Halimaton Shaadiah Saad pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.