Isteri pelakon Afiq Muiz fail tuntutan fasakh

Pachara dilaporkan membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Rabu.
Pachara dilaporkan membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin dilaporkan telah membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya.

Mengikut laporan portal berita, Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, membuat permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Petaling Jaya pada pagi Rabu.

Dia tiba pada jam 10.58 pagi, dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka sebelum bergegas memasuki mahkamah.

Pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.

Afiq pula membuat laporan polis pada Disember 2022 di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2019 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.