[VIDEO] Undur pentas politik, Tun M tolak nasihat Jomo

Dr Mahathir berucap pada sidang media di Dewan Serbaguna, Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya hari ini. Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.
Dr Mahathir berucap pada sidang media di Dewan Serbaguna, Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya hari ini. Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak nasihat Ahli Ekonomi, Dr Jomo Kwame Sundaram agar beliau berundur daripada pentas politik dan mengambil peranan sebagai seorang negarawan ulung.

Menurutnya, ramai pihak yang datang untuk mendapatkan pandangan daripada beliau.

"Itu dia punya pendapat, tidak semestinya saya ikut kehendak dia," katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.

Pada Isnin malam, Jomo menerusi satu forum memaklumkan Mahathir

sepatutnya mengambil peranan sebagai seorang negarawan ulung yang dihormati untuk membangunkan negara.

Beliau berkata, nasihat itu diberikan kepada Mahathir dalam pertemuan kira-kira lapan bulan lalu dan meminta bekas Perdana Menteri itu meninggalkan politik.

"Saya menasihati Mahathir untuk mengambil peranan sebagai negarawan ulung untuk membantu membangunkan negara.

Sudah tentu, seperti lazimnya, beliau tolak nasihat saya," katanya.