'Orang Melayu miskin selepas saya tidak lagi jadi PM' - Tun M

Tun Mahathir Mohamad.
Tun Mahathir Mohamad.
A
A
A

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu menjadi miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

"Tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.

"Saya menyertai usaha untuk menyedar orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu.

"Isi kandungan proklamasi berkenaan menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan UMNO," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Tangkap layar ciapan di Twitter Dr Mahathir
Tangkap layar ciapan di Twitter Dr Mahathir

Pada 19 Mac, Dr Mahathir mendakwa perhimpunan Proklamasi Orang Melayu tidak dapat dianjurkan disebabkan campur tangan kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu turut mendakwa, kerajaan hari ini takut untuk mendengar suara orang Melayu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak memperincikan dakwaannya atau memberikan sebarang bukti wujudnya campur tangan kerajaan berkenaan perkara itu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mendakwa tindakan kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi tersebut merupakan mengkhianat janji dalam Perlembagaan Negara.

Beliau juga mendakwa, UMNO tidak membantah kerana UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya.

"Sebab itu puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan bumiputera lain," katanya.