Azis Jamman cedera terlibat nahas di Nabalu

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman (berdiri enam, kiri) bersama Sabah Big Bikers pada program Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah dan Konvoi Promosi Regatta Lepa Jubli Perak 2019 hari ini. Konvoi selama lima hari sehingga 28 April ini bermula di Kota Kinabalu diikuti Ranau, Telupid, Sandakan, Lahad Datu dan Sempona. - Foto Bernama

A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman cedera selepas terlibat kemalangan melibatkan motosikal berkuasa besar, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu di kawasan berhampiran pekan Nabalu yang terletak di jalan Tamparuli-Ranau ketika beliau menyertai program bermotosikal mengenai kesedaran bahaya dadah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ahli Parlimen Sepanggar itu cedera ringan dan berada dalam keadaan stabil.

“Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman hari ini melancarkan program konvoi Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah anjuran AADK di Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun, sekitar jam 10 pagi ketika dalam perjalanan konvoi di kawasan Pekan Nabalu menuju ke Ranau berlaku kemalangan membabitkan Datuk Azis yang menunggang bersama-sama peserta konvoi lain.

Mohd Azis dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (QEH) untuk menerima rawatan lanjut.

Terdahulu, beliau melancarkan pelepasan konvoi program berkenaan di pekarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada pukul 6.30 pagi tadi.

Beliau juga dijadual merasmikan program sama apabila konvoi berkenaan singgah di Tapak Tamu Pasar Tani Mingguan Pekan Ranau, sepatutnya pada jam 10 pagi tadi dan di Sandakan pada malam nanti.

Artikel Berkaitan:

Program itu dijalankan serentak dengan Promosi Regatta Lepa Jubli Perak 2019 sempena sambutan Regatta Lepa yang berlangsung di Semporna pada 26 hingga 28 April ini.