Liga Pro Saudi akan jadi liga terbaik dunia - Ronaldo

Ronaldo percaya Liga Pro Saudi akan menjadi antara liga terbaik dunia.
Ronaldo percaya Liga Pro Saudi akan menjadi antara liga terbaik dunia.
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo yakin Liga Pro Saudi boleh menjadi salah satu liga terbaik dunia pada masa akan datang.

Kapten Portugal itu menyertai Al Nassr selepas Piala Dunia 2022 dan telah meledak sembilan gol dalam lapan penampilan Liga Pro Saudi itu.

Walaupun dianggap sebagai liga yang lebih lemah berbanding di Eropah, Ronaldo percaya saingan di Arab Saudi itu telah membantunya untuk bersedia mengharungi tugas antarabangsa bersama Portugal.

"Saya berasa sangat baik sebab itu saya ada di sini (bersama pasukan Portugal). Kalau saya tidak fikir begitu, saya tidak akan berada di sini.

"Saya berada dalam liga yang sangat kompetitif. Mereka sepatutnya melihat kejuaraan Liga Saudi secara berbeza.

"Jelas sekali, ia tidak seperti Liga Perdana Inggeris. Saya akan berbohong jika saya berkata begitu, tetapi ia sangat kompetitif.

"Saya terkejut dengan kualiti liga itu. Mereka mempunyai pasukan yang bagus, seimbang daripada segi pemain.

"Jika mereka meneruskan rancangan ini, mungkin dalam tempoh lima hingga enam tahun akan jadi liga keempat atau kelima paling kompetitif di dunia," katanya.