Mayat berhari-hari dalam rumah

Anggota bomba mengangkat mayat lelaki dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari di Taman Paling Jaya pada Selasa.
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari di Taman Paling Jaya pada Selasa.
A
A
A

SEMENYIH - Mayat seorang lelaki disyaki telah meninggal dunia selama beberapa hari ditemui di sebuah rumah beralamat di Taman Paling Jaya di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, mangsa merupakan orang tempatan berusia 49 tahun.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih diketuai komander operasi, Rozaidi Abdul Rahim ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 4.09 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di ruang tamu rumah disyaki telah meninggal dunia.

"Berdasarkan keadaan mayat yang telah mengembung, mangsa telah meninggal dunia selama beberapa hari," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, pasukan bomba membawa keluar mangsa menggunakan stretcher seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.