Jom Cuci Masjid edisi ke-42 dapat sambutan luar biasa

Edisi ke-42 program Jom Cuci Masjid menerima sambutan luar biasa di Masjid Al Mutmainnah, Kampung Labohan Dagang, Banting.
Edisi ke-42 program Jom Cuci Masjid menerima sambutan luar biasa di Masjid Al Mutmainnah, Kampung Labohan Dagang, Banting.
A
A
A

KUALA LANGAT - Edisi ke-42 program Jom Cuci Masjid atau JCM, menerima sambutan luar biasa di Masjid Al Mutmainnah, Kampung Labohan Dagang, Banting apabila disertai lebih 200 peserta.

Program amal anjuran Persatuan JCM pada kali ini mendapat kerjasama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu; Yayasan Al-Tarmidhi dan Kelab DZ Bikers.

JCM menerusi pengasasnya, Jalil Kamaruddin berkata, mungkin kerana program diadakan menjelang Ramadan ia mendapat sambutan luar biasa, bermula dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi.

"Pelepasan peserta dan bikers (di Kuala Langat) disempurnakan Penguasa Paya Indah Wetlands dan wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dengan diiringi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Seperti kelaziman peserta melakukan solat duha berjemaah sebelum memulakan kerja mencuci dan mengecat masjid serta kawasan sekitar bermula oleh peserta dan penduduk kampung terutama kariah masjid," katanya.

Peserta memulakan kerja mencuci dan mengecat masjid serta kawasan sekitar.
Peserta memulakan kerja mencuci dan mengecat masjid serta kawasan sekitar.

Beliau menambah, kumpulan yang terdiri daripada kelab motosikal pula melakukan kerja membersih Tanah Perkuburan Islam Labohan Dagang, Banting.

Dalam pada itu, JCM turut menyerahkan barangan keperluan asas kepada komuniti termasuk penyerahan 50 kampit beras kepada asnaf kariah Masjid Innayatur Rahman, Kampung Batu Laut, Banting.

Sementara itu, Aiman Athirah pula menghantar 50 bakul Rahmah untuk diserahkan kepada asnaf sebagai sokongan padu kepada program anjuran JCM.

Turut menyumbang, Yayasan Al-Tarmidhi dan Kelab DZ Bikers, menerusi penasihatnya, Datuk Zailan Mohamed.