March julang Brighton tewaskan Palace

Pemain Brighton meraikan kejayaan menewaskan Palace 1-0 dalam saingan EPL pada Khamis. - Foto AFP
Pemain Brighton meraikan kejayaan menewaskan Palace 1-0 dalam saingan EPL pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

BRIGHTON melepaskan geram daripada kesukaran untuk menewaskan seteru, Crystal Palace apabila membenam pasukan itu 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Pasukan bimbingan Roberto De Zerbi itu meraih kemenangan pertama dalam lapan pertemuan liga dengan musuh mereka itu.

Sebaliknya, bagi Palace pula menyaksikan rentak tanpa kemenangan kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan sambil menunggu kemenangan pertama pada 2023.

Solly March muncul wira buat Brighton apabila meledak gol tunggal pada minit ke-15 dalam aksi di Stadium Falmer itu.

“Perkara yang paling penting ialah peminat memahami gaya permainan kami. Di England cabaran adalah hebat dan berbeza berbanding liga lain,” kata De Zerbi.

Kemenangan itu memantapkan usaha Brighton untuk meraih slot ke saingan Eropah musim depan.

Brighton yang menduduki tangga ketujuh berkongsi mata dengan pasukan keenam, Liverpool, namun The Seagulls masih mempunyai baki satu perlawanan.

Tempat keenam akan menjamin kelayakan ke Liga Konferensi Eropah edisi 2024, namun ia boleh jatuh kepada pasukan tempat ketujuh jika Manchester City atau Manchester United memenangi Piala FA.

“Pemain percaya dengan gaya kami. Kami tidak bermain permainan terbaik, tetapi jika anda menang ia lebih baik,” ujar De Zerbi.