Kamal Adli dipukul: Ahmad Idham mahu penjelasan kementerian

Ahmad Idham - Foto Awani
Ahmad Idham - Foto Awani
A
A
A

PENGARAH dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, memohon kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan berhubung insiden yang menimpa pelakon Kamal Adli sehingga mengalami cedera parah baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Ahmad Idham turut bertanyakan sama ada kerajaan sudah mengambil sebarang tindakan mengenai isu tersebut ataupun tidak.

“Anak Malaysia yang juga pelakon tanah air di serang di luar negara. Hingga saat kini tiada sebarang kenyataan ke daripada Menteri KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia)

“Apa usaha kerajaan dalam menangani kes sebegini. Ada ke sebarang usaha daripada kedutaan kita di sana (Singapura) membantu Kamal Adli. Mohon penjelasan segera, terima kasih,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen pula, Idham berkata dengan adanya kenyataan rasmi daripada pihak bertanggungjawab hal itu dapat mengelakkan daripada sebarang salah faham.

“Mohon kenyataan rasmi daripada Kerajaan untuk isu ini agar tiada sebarang salah anggap atau manipulasi fakta oleh pihak bertanggungjawab.

“Ini isu keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Mana Menteri berwajib? Justice to Kamal Adli,” tulisnya pada kapsyen.

Terdahulu, Mahkamah Singapura menetapkan lelaki yang didakwa menyerang Kamal Adli akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

Sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac.

ARTIKEL BERKAITAN:Suspek serang Kamal Adli akan dituduh esok

ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon Kamal Adli cedera dipukul dengan cota di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli selamat jalani pembedahan