Lori rempuh tiga kenderaan

Dua daripada empat kenderaan terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Dua daripada empat kenderaan terlibat dalam kemalangan berkenaan.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Sebuah lori merempuh tiga kenderaan yang berhenti di Kilometer (KM) 57 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Simpang Lima, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah yang sedang membuat kawalan lalu lintas.

"Secara tiba-tiba, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 50 tahun gagal membrek lalu melanggar kenderaan di laluan berkenaan.

"Pelanggaran itu mengakibatkan ada kenderaan yang bergerak ke hadapan seterusnya melanggar kenderaan lain di hadapannya," katanya.

Chee Khoon berkata, kemalangan itu membabitkan dua Perodua Myvi dan dua lori termasuk lori jenis Hino yang merempuh ketiga-tiga kenderaan terbabit.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun terdapat kerosakan pada kenderaan terlibat.

"Empat laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian ini.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan," katanya.

Artikel Berkaitan: