Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dengan sejumlah 65 lot diniagakan. - Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dengan sejumlah 65 lot diniagakan. - Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dengan sejumlah 65 lot diniagakan.

Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada AS$1,894.30 setiap troy auns manakala April 2023 menokok kepada AS$1,902.0 setiap troy auns.

Sementara itu, kontrak bagi Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,902.0 setiap troy auns.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,861.25 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 10 Mac, 2023. - Bernama