Maxis terus pacu transformasi digital, perkasa perniagaan di Malaysia

Forum Maxis Business Spark Engage 2023 diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini bertujuan memperkasakan perniagaan di Malaysia.
Forum Maxis Business Spark Engage 2023 diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini bertujuan memperkasakan perniagaan di Malaysia.
A
A
A

MAXIS Bhd (Maxis) terus bertindak sebagai pemacu transformasi digital dengan mengadakan forum Maxis Business Spark Engage 2023 bagi tujuan memperkasakan perniagaan di Malaysia dalam keadaan landskap digital yang pantas dan tidak menentu.

Ketua Segmen Korporat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Maxis, Kevin Lee berkata, syarikat telekomunikasi itu baru-baru ini telah mengetuai sesi panel yang membincangkan topik ‘Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan’.

Menurutnya, forum berkenaan membincangkan komponen utama yang diperlukan untuk mencapai kelebihan digital, termasuk mempercepat penggunaan teknologi dan mengautomasikan tugas manual.

“Selain itu, melindungi aset digital dan faedah bekerjasama dengan penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang sesuai.

“Perbincangan tumpuan tahun ini menampilkan tetamu khas yang merupakan pemenang Grand Prix sebanyak 13 kali, David Coulthard yang berkongsi pandangannya dengan wartawan dan pengarang Formula Satu (F1) terkenal, Lee McKenzie mengenai bagaimana teknologi telah mengubah dunia perlumbaan F1.

“Berhubung persekitaran perniagaan yang sangat kompetitif, Coulthard menekankan kepentingan kepercayaan, kerja berpasukan dan semangat dalam menggunakan data masa nyata untuk memastikan ketepatan dan hasil yang optimum, serta amalan terbaik yang boleh digunakan untuk mana-mana perniagaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Maxis mengetuai sesi panel yang membincangkan topik ‘Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan’ dalam forum Maxis Business Spark Engage 2023.
Maxis mengetuai sesi panel yang membincangkan topik ‘Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan’ dalam forum Maxis Business Spark Engage 2023.

Selain Kevin, turut hadir sebagai panel ialah Ketua Pegawai Keselamatan Lapangan Asia Pasifik Palo Alto Security, Ian Lim dan Naib Presiden Operasi Holiday Tours, Lawrence Annies.

Ujar Kevin, transformasi digital merupakan satu bentuk perjalanan berterusan dan sentiasa akan ada sesuatu perkara baharu yang ditemui dalam persekitaran yang dipacu oleh teknologi ini.

“Oleh sebab inilah siri Maxis Business Spark telah berkembang menjadi platform penting yang memberi peluang kepada perniagaan merangkumi pelbagai saiz untuk menyelami isu-isu penting yang boleh ditangani secara kolektif, membincangkan penyelesaian serta mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman yang mendalam,” jelasnya.

Beliau berkata, ini merupakan tahun keempat Maxis menganjurkan siri Maxis Business Spark, platform untuk membincangkan cabaran dan berkongsi pengetahuan mendalam tentang ekonomi digital.

Tambah Kevin, Maxis Business Spark Engage 2023 menandakan lelaran terbaharu acara tersebut, yang terus menjadi peluang berharga untuk peniaga menimba ilmu daripada pakar industri, meluaskan rangkaian dan bekerjasama dengan rakan.

“Forum eksklusif tersebut menarik pelbagai pemimpin perniagaan terkemuka yang terdiri daripada ketua pegawai IT, pengarah dan ketua jabatan IT yang mewakili PKS utama, syarikat besar serta organisasi kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, menyedari bahawa kejayaan transformasi digital memerlukan kerja berpasukan dan perkongsian yang kukuh, Maxis Business komited untuk menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh pelanggan.

“Dengan rekod prestasi yang terbukti membantu organisasi menggunakan dan memanfaatkan teknologi, kami memahami cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan hari ini dan menyediakan penyelesaian, rangkaian dan kepakaran yang tepat untuk membantu mereka terus menerajui dunia yang sentiasa berubah.

“Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Maxis Business boleh membantu mempercepat perjalanan digital anda, layari https://business.maxis.com.my/en/campaign/maxis-right-expertise/,” ujarnya.