27 set kereta api baharu LRT diterima dalam tempoh lima tahun

Menteri Kewangan Lim Guan Eng (duduk kiri) menandatangani perjanjian utama Program Kolaborasi Industri (ICP) dengan Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) berkaitan kontrak membekal dan memperbaharui kereta api bagi Prasarana Malaysia Berhad di Kementerian Kewangan hari ini. Majlis disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Asri Hamidon (duduk, kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Teknology Depository Agency Berhad (TDA) Datuk Zailani Safari dan Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan Datuk Zamzuri Abdul Aziz (berdiri kanan). - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 27 set kereta api baharu untuk Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya (KLAV-27) akan diterima Prasarana Malaysia Bhd dalam tempoh lima tahun daripada Bombardier Hartasuma Consortium (BHC), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurutnya, BHC juga akan memperbaharui set keretapi 2-koc laluan Kelana Jaya, yang akan siap pada suku pertama tahun 2021.

Lim berkata bagi Program Kolaborasi Industri (ICP) untuk kontrak perolehan KLAV-27 bernilai RM1. 7 bilion, BHC komited untuk memaksimumkan penggunaan kandungan bahan tempatan pada kadar sekurang-kurangnya 35 peratus yang dianggarkan berjumlah RM600 juta.

"Ini seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan industri negara. Ratusan peluang pekerjaan bagi warga tempatan akan tercapai dalam tempoh empat tahun akan datang melalui program ICP ini," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangi perjanjian utama ICP antara kerajaan Malaysia dan BHC, di sini, hari ini.

Bagi kontrak memperbaharui set keretapi 2-koc laluan Kelana Jaya bernilai RM473 juta pula, Lim berkata, BHC telah menambah bilangan pengilang tempatan dan pangkalan data bagi skop rolling stock (gerabak).

"Pembekalan bahan tempatan dan perkhidmatan melalui 14 syarikat tempatan dianggarkan berjumlah RM100.7 juta," katanya, sambil menambah pembabitan syarikat tempatan untuk membekalkan komponen dan perkhidmatan pada harga yang berdaya saing dapat memastikan kemampanan sektor rel.- Bernama

Artikel Berkaitan: