Ajal di kebun kelapa

Mayat Mohamad Daud, 48, yang ditemui mati dalam sebuah kebun kelapa dibawa polis ke hospital untuk bedah siasat. Gambar kecil, Abdul Rahim.
Mayat Mohamad Daud, 48, yang ditemui mati dalam sebuah kebun kelapa dibawa polis ke hospital untuk bedah siasat. Gambar kecil, Abdul Rahim.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di sebuah kebun kelapa di Kampung Kedai Buloh, di sini hari ini.

Mayat Mohamad Daud, 48, ditemui oleh penduduk kampung pada jam 9 pagi sebelum mereka menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian.

Adiknya, Mohd Osman, 41, berkata, mangsa dikatakan keluar dari rumah pada jam 8.30 malam semalam tetapi tidak pulang sehingga tengah malam.

Katanya, mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga sebelum dimaklumkan penemuan mayat abangnya itu.

“Sebelum ini arwah dipelihara oleh keluarga angkat sejak lahir dan kami dipertemukan semula setelah setahun lalu di Kemaman, Terengganu.

“Jadi sejak itu, dia pulang ke rumah dan tinggal di sini sebelum keluar dari rumah pada jam 8.30 malam tadi (semalam) tetapi tidak pulang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan dan menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Artikel Berkaitan: