Shahidan wala' pada Pas

Shahidan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke 56 di Kota Bharu pada Sabtu.
Shahidan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke 56 di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selesa memilih wala' (kecintaan dan kesetiaan) kepada parti dan tidak berminat bertanding jawatan dalam Pas.

Beliau berharap semua pihak tidak lagi mengusulkan soalan mengenai kedudukannya dalam parti itu.

"Saya wala' sekarang. Jangan tanya lagi soalan itu. Saya sudah nyatakan di Parlimen saya adalah ahli Pas dan Perikatan Nasional (PN) sejati.

"Kalau masa dalam UMNO dulu bolehlah sebab ada cita-cita jadi presiden. Bagi saya Presiden UMNO perlu ditukar," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kota Bharu kali ke-56 di sini.

Hadir sama Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau dalam pada itu memaklumkan memilih Pas sebagai perjuangan kerana mahu berjihad dan mencari keredaan ALLAH.

Dalam perkembangan lain, Shahidan memberitahu, usaha jatuh-menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa.

"Kami (PN) yakin dapat menjadi kerajaan yang baik berbanding kerajaan sekarang.

"Angan-angan saya kalau jadi kerajaan akan buat lagi baik," katanya.

Tambah beliau, tidak salah mengeluarkan kenyataan tersebut kerana PN ada niat dan bercita-cita untuk tukar kerajaan.

Ujarnya, ia akan menjadi kenyataan pada masa akan datang atau bila-bila sahaja.