Landasan kereta api hubungkan Kemboja-Thailand dibuka

Sen (kiri) bersama Prayut menaiki kereta api tersebut ke bandar Poipet di Kemboja.
Sen (kiri) bersama Prayut menaiki kereta api tersebut ke bandar Poipet di Kemboja.
A
A
A

PHNOM PENH - KEMBOJA. Landasan kereta api yang menghubungkan Kemboja dan Thailand dibuka secara rasmi selepas 45 tahun semalam sebagai usaha untuk mengurangkan tempoh perjalanan dan menggalakkan perdagangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara itu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan rakan sejawatannya dari Thailand, Prayut Chan-o-cha menandatangani dokumen perjanjian tersebut di pos sempadan sebelum menaiki kereta api bersama ke bandar Poipet di Phnom Penh.

Sen menyifatkan ia sebagai perjalanan bersejarah dan turut berterima kasih kepada Thailand atas usahanya untuk menyambung semula landasan antara kedua-dua negara.

“Ia akan juga menghubungkan Kemboja dengan negara jiran lain di Asia Tenggara dan diharap dapat meningkatkan ekonomi dan perdagangan,” ujarnya. Difahamkan, perjanjian perdagangan bilateral antara Thailand dan Kemboja bernilai AS$6 bilion (RM35 bilion).

Tahun lalu, Kemboja turut membuka semula landasan kereta api sepanjang 370 kilometer dari ibu negara ke sempadan Thailand.

Kebanyakan landasan kereta api di Kemboja yang dibina ketika zaman penjajah alami kerosakan akibat konflik selama beberapa tahun ketika era perang dingin.

Laluan sepanjang 48 kilometer berhampiran Popiet musnah pada 1973 manakala baki trek ke Phom Penh telah ditutup selama beberapa dekad berikutan keadaannya yang sangat teruk.

Difahamkan, landasan kereta api di Kemboja adalah sepanjang lebih 600 kilometer meliputi sempadan utara Thailand ke pantai selatan negara itu. - AFP

Artikel Berkaitan: