Klopp terkejut Firmino mahu tinggalkan Liverpool

FIRMINO FOTO: EPA
FIRMINO FOTO: EPA
A
A
A

JURGEN Klopp mengakui terkejut dengan keputusan yang dibuat Roberto Firmino untuk meninggalkan Liverpool.

Pemain Brazil itu memaklumkan kelab itu minggu lalu bahawa dia mahu berpindah apabila kontraknya tamat penghujung musim ini sekali gus menamatkan tempoh tujuh tahun kariernya di Anfield.

"Ya, saya sedikit terkejut, namun sebenarnya ia adalah perkara biasa untuk dilakukan dan saya sangat menghormatinya.

"Ia normal dalam situasi ini antara Bobby, kelab pemain dan peminat pasukan. Ia agak istimewa dan saya suka sambutan yang dia dapat ketika menentang United.

"Dia memberitahu saya bahawa dia mahu membawa kisah indah ini ke penghujung yang positif. Jadi, itu sahaja. Dia berada di sini dan komited sepenuhnya.

Klopp berkata, Liverpool akan memberikan sambutan kepada Firmino walaupun dia akan hadir dengan pasukan berbeza ke Anfield pada masa akan datang.

"Bila-bila masa dia akan kembali. Walaupun dia akan datang dengan pasukan lawan, orang akan sangat gembira melihatnya," katanya.


Conte kritik penyokong Spurs

ANTONIO Conte percaya Tottenham Hotspur bersedia untuk bersabar dengannya dalam usaha membina sebuah pasukan yang mantap.

Namun, dia menegaskan peminat pasukan itu tidak realistik dalam menilai situasi dengan sentiasa mengharapkan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Tekanan semakin meningkat ke atas Conte berikutan prestasi buruk yang menamatkan harapan pasukan untuk memenangi trofi untuk musim lain.

Spurs tersingkir daripada saingan Piala FA kepada Sheffield United dan Liga Juara-Juara ke AC Milan.

Persaingan untuk berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris juga sukar dengan Liverpool dan Newcastle United mempunyai kelebihan satu perlawanan.

"Kesabaran telah berakhir untuk peminat. Peminat mahu memenangi trofi.

"Kemudian, anda perlu mencari penyelesaian yang betul untuk menggembirakan peminat dan memenangi trofi kerana kesabaran peminat telah berakhir.

"Saya dan pemain merasakan perkara ini. Apa yang pasti, ini tidak membantu keadaan. Terdapat ramai pemain muda yang perlu melangkah selangkah demi selangkah untuk berkembang.

"Kami cuba membina sesuatu yang penting tetapi jika anda tidak mempunyai kesabaran, ia tidak berguna," katanya.