Polis tahan lelaki kes samun kedai serbaneka

Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun di sekitar kawasan Iskandar Puteri dan Johor Bahru Utara.
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun di sekitar kawasan Iskandar Puteri dan Johor Bahru Utara.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun di sekitar kawasan Iskandar Puteri dan Johor Bahru Utara.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Assisten Komisioner Rahmat Ariffin, hasil soal siasat lelaki berkenaan mengaku terlibat dengan kes (samun) berkenaan selain mengakibatkan kekcederaan ketika melakukan samun.

“Suspek juga mengaku melakukan samun di Cosway dan 7-Evelen Kangkar Pulai hingga mendatangkan kecederaan.

“Setelah disemak, suspek juga didapati mempunyai tujuh rekod jenayah selain positif dadah jenias Methapetamin.

“Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Johor Bahru pada 7 Mac 2023 dan suspek akan ditahan untuk siasatan sehingga 11 Mac 2023,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan (rompakan dengan bersenjata atau rompakan serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah) di mana boleh dihukum penjara boleh sampai 14 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Siasatan akan dijalankuan untuk mengenal pasti kes-kes yang melibatkan suspek yang sama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!