Malaysia negara obesiti

Dr Dzulkefly (tiga, kiri) semasa perasmian program.
A
A

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa secara berterusan untuk menjalani gaya hidup sihat khususnya bersenam.

Katanya, gaya hidup sihat adalah langkah pencegahan terbaik penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kian meningkat di Malaysia.

"Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko utama yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular.

"Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

"Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Karnival Food-Fit-Fun sempena Bulan Pemakanan Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia