Panasonic Malaysia sasar kuasai pasaran 14 peratus

Dari kiri: Tsuda, Tanaka dan Kew memegang vakum terkini yang diperkenalkan oleh Panasonic Malaysia pada Khamis.
Dari kiri: Tsuda, Tanaka dan Kew memegang vakum terkini yang diperkenalkan oleh Panasonic Malaysia pada Khamis.
A
A
A

PANASONIC Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) optimis untuk mencapai penguasaan bahagian pasaran jualan vakum di Malaysia sebanyak 14 peratus pada tahun 2023 berbanding hanya 12 peratus sahaja sebelum ini.

Pengurus Besar Pemasaran Peralatan Panasonic Malaysia, Shinichi Tsuda berkata, setakat ini, jumlah jualan vakum yang dicatatkan dalam pasaran Malaysia pelbagai jenama ialah 200 juta unit pada tahun 2022 dan sebanyak 12 peratus daripada jumlah itu merupakan vakum jenama Panasonic Malaysia.

Menurutnya, Panasonic Malaysia berkeyakinan sasaran itu mampu dicapai dengan mengembangkan dan mengukuhkan pasaran dalam talian (online) serta pengeluaran produk baharu yang berinovasi dan berkualiti.

“Kami turut melihat permintaaan pelanggan terhadap peralatan kelengkapan rumah semakin baik pada tahun ini selepas pandemik Covid-19 dan dijangka ia akan menyumbang kepada jualan Panasonic Malaysia,” katanya.