Sami maut diserang harimau bintang

 Serangan harimau bintang di India kerap berlaku.
Serangan harimau bintang di India kerap berlaku.
A
A
A

NAGPUR - INDIA. Seorang sami Buddha maut diserang seekor harimau bintang ketika sedang bermeditasi di bawah pohon di hutan Ramdegi di negeri Maharashtra.

Polis berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu dan ia merupakan serangan kali kelima di kawasan sama sepanjang bulan ini.

Mangsa dikenali sebagai Rahul Walke Bodhi dan mayatnya ditemui jauh di dalam hutan selepas diheret haiwan berkenaan.

"Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi (waktu tempatan) ketika sami berusia 35 tahun itu sedang bermeditasi di bawah pohon besar," kata penolong pengarah Pusat Perlindungan Harimau Tadoba Andhari, Gajendra Narwane.

Tambah Narwanie, sebelum kejadian, pegawainya telah memberi amaran kehadiran harimau bintang kepada mangsa dan dua lagi rakannya.

Difahamkan, rakan mangsa berjaya mengelak serangan tersebut dan memaklum kejadian kepada polis. - Agensi

Artikel Berkaitan: